Wednesday , 23 August 2017
Home | Auto Repair | Gear Ratio Perodua Kenari

Gear Ratio Perodua Kenari

Perodua Kenari merupakan salah salah satu dari model kereta kompak yang terdapat di Malaysia dan jumlah pengguna dan penggemar model ini boleh di katakan ‘average’

Perodua Kenari yang kami dapati pada kali ini dibawa oleh pemilik nya bagi menyelesaikan permasalahan pada kereta beliau.

Sekilas pandangan, tiada yang tidak kena pada Kenari tersebut. Semuanya sangat sempurna dan berada dalam keadaan asal seperti mana keluaran kilang. Tetapi masalah mula timbul apbila sessi pandu uji berlangsung.

Kami memandu terus ke Toll Kot Damansara dan masuk ke NKVE. Pemanduan pada asal nya berasa lancar namun untuk beberapa ketika kemudian terasa enjin Kenari seperti meraung dan mintak gear enam!!

Pada kelajuan 100km/j pada kedudukan gear 5, enjin Kenari tersebut memberikan 4500 RPM! Ini sangat luarbiasa bagi kami kerana ianya menyebabkan pemanduan sebuah kereta keluarga menjadi tidak lancar. Berikutan dengan cara pemanduan tersebut, nyata pada kami bahawa untuk kelajuan yang menyenangkan, pemanduan hendaklah diturunkan sekitar 80km/j dan pada gear 5. Ini sangat menyedihkan. Terasa macam bawa lori 🙁

$_1

Adakah ini normal? Adakah ini berpunca dari permasalahan gearbox Perodua Kenari itu sendiri? Adakah ini berpunca dari kesilapan pemasangan gear ratio yang berbeza mengikut kondisi asal keluaran kilang? Mungkin juga pomen sebelum ini masuk gearbox kancil kepada Kenari? Kami tidak tahu.

Pada pemilik Perodua Kenari, kami alu-alukan pandangan anda.

 

Update 1 Disember, 2015

Setelah melakukan beberapa carian pada laman web, saya ketemukan beberapa bahan pembacaan yang dapat mencerahkan sedikit permasalahan yang dihadapi berkenaan dengan gearbox serta kelajuan Kenari yang dipengaruhi oleh gearbox nya.

RPM Enjin
Kelajuan 100km/j pada gear 5

Sumber bacaan dari kereta.info ada menyenaraikan RPM pelbagai jenis kenderaan mengikut model pada kelajuan 100km/j pada gear 5. Dengan pembacaan tersebut dapat dirumuskan beberapa kesimpulan tentang permasalahan yang saya hadapi sekarang. Anda juga boleh rujuk pada Forum Lowyat berkenaan beberapa jenis model lain untuk bacaan RPM.

Ternyata, Kenari yang saya pakai sekarang ini menggunakan gearbox Kancil 850(ex). Ini kerana bacaan meter Kenari yang saya bawa pada 100km/j menunjukkan bacaan 4200RPM. Haish! Patut lah terasa enjin mengaum mintak gear 6! Kesudahannya, Kenari akan masuk bengkel untuk proses penukaran kepada gearbo asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *