Sunday , 25 June 2017
Home | Tips & Tricks | Jammed Brake System

Jammed Brake System

Pernah kah anda mengalami situasi di mana kereta anda mengalami Front Caliper Jammed? atapun dengan kata lain, “brake depan melekat“? Situasi ini berbeza mengikut kerosakkan sesuatu caliper tersebut. Pada tahap kerosakan awal, kita boleh merasai nya ketika memandu dan pedal brek ditekan, ¬†steering akan terasa berpusing dengan sendirinya. Justeru itu kita perlu ‘counter attack’ pusingan steering tersebut.

3d_exploded_caliper
Struktur binaan asas sistem caliper brek

Tanda-tanda awal brake caliper sangkut juga boleh kita amati dengan bunyi geseran yang membingit kan telinga ketika kenderaan baru memulakan perjalanan. Bunyi ‘screeettt..screeet’ merupakan tanda yang salah satu bahagian ataupun kedua-dua bahagian tayar depan mengalami masalah brake caliper sangkut.

Permasalahan brek melekat ini perlu lah dirujuk pada bengkel berdekatan dengan anda. Mekanik akan memeriksa punca berlaku nya masalah brek melekat. Kebiasaanya, punca adalah dari caliper brake yang kotor dan berkarat, getah ‘oil seal’ koyak ataupun haus, dinding piston brek kotor/calar, enapan waktu yang berlaku, dan lain-lain lagi.

Sekiranya masalah ini berlaku ketika anda dalam perjalanan atau pun ingin membawa kereta ke bengkel berhampiran, ada beberapa cara mudah bagi menyelesaikan permasalahan tersbut dalam jangka masa pendek.

Kecemasan

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil ketika berlakunya kecemasan brek jem. Pastikan anda tahu untuk melakukan nya. Jika tidak, sila hubungi mekanik yang terdekat.

  1. Pastikan kereta berada pada kedudukan tanah/jalan yang rata. Selak tayar belakang dengan blok penahan. Tarik ‘hand brake’.
  2. Longgar kan nut pada tayar hadapan yang mengalami masalah brak melekat. Dan jack up kereta anda.
  3. Tanggalkan tayar dan periksa keadaan caliper tersebut.
  4. Dengan menggunakan screw driver jenis leper, tuil kan brake pad supaya kelekatan antara brake pad dan brek caliper bebas bergerak.
  5. Tekan brek supaya piston brek menolak keluar brake pad tadi.
  6. Ulangi langkah 4 & 5 beberapa kali dan lihat hasilnya.

Sekiranya cara di atas tidak berkesan dan caliper  brek depan masih lagi sangkut/melekat, cara berikut merupakan cara terakhir bagi penyelesaian mudah permasalahan ini.

Bleeding Screw
Bleeding Screw

Longgar kan Bleeding Screw sedikit agar tekanan minyak brek yang terhasil akan menolak keluar cecair minyak brek tersebut. Dengan ini tekanan kepada piston yang bermasalah dapat dikurangkan.

Live Tutorial

 

Alternatif

Brake JammedCara alternatif yang boleh anda lakukan sekiranya brek jammed ketika keadaan gawat, adalah dengan mematikan hos brek yang terlibat. Kepilkan saluran brake alloy tersebut supaya minyak brek tidak meleleh ke bahagian tersebut. Boleh juga kepilkan hose brake yang getah tuh dan kepit menggunakan cable tie.

Pastinya bila ada kelapangan hose tersebut hendaklah di ganti baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *