Sunday , 25 June 2017
Home | Tips & Tricks | Lowering Blok Spring Daun

Lowering Blok Spring Daun

Ramai yang bertanya kan bagaimana untuk memiliki set ‘lowering block’ bagi merendahkan kenderaan yang menggunakan ‘leaf spring’ atau spring daun. Sebenarnya anda boleh membuat sendiri blok tersebut dengan menggunakan bahan terpakai atau terbuang. Atau boleh juga ke kedai besi berhampiran untuk mendapatkan material binaan yang sesuai. Gambarajah di bawah dapat memberikan sedikit gambaran binaan yang kami hasilkan.

 

Selain daripada menggunakan besi yang ber ketebalan yang sesuai, binaan dalaman blok juga perlu dititikberatkan. Tiang utama atau pun penyangga hendaklah dibuat dan diletakkan pada ketepatan yang jitu bagi menahan tekanan kuat dari gandar atau ‘axle’. Ini bagi mengelakkan blok dari kemik atau mungkin boleh tercabut keluar dari kedudukan nya.

 

Setelah selesai menyiapkan blok mengikut ketinggian yang dikehendaki, pemilihan U-Bolt juga penting dalam memastikan pemasangan blok pada spring daun bersesuaian. Biasanya kami menggunakan U-Bolt bersaiz 8″ bagi kerja-kerja tersebut. Pastikan anda membeli U-Bolt yang direka khas untuk kereta dan bukan untuk kegunaan lain. Ini dikhuatiri material nya lemah.

U-Bolt 8″ dan lowering block bersaiz 3″

Secara teori, ketinggian blok bermula dari 2″, 2.5″, 3″, dan 3.5″(maksimum). Ada sesetengah pemilik kenderaan menginginkan blok berketinggian 4″ dan kami tidak mencadangkan ianya. 4″ blok memerlukan U-Bolt besaiz 10″ bagi menampung ketinggian blok tersebut. Dan U-bolt 10″ adalah untuk kenderaan lori yang bersaiz 1tan. Untuk merendahkan kenderaan melebihi blok 3″, adalah dinasihatkan anda menggunakan kaedah “buang spring daun” atau “balikan spring daun”.

Kesalahan Membuat

Dari masa ke semasa, kegagalan menghasilkan blok yang kukuh dan tahan lasak pasti akan memudaratkan pemilik kenderaan. Akibat dari pembuatan yang tidak sempurna, blok boleh kemik dan menyebabkan perjalanan kereta akan tersentak dan berhenjut.

Blok yang kemik
Blok yang dibuat tanpa tulang penyokong
Blok yang kemik
Kesan kemik ke atas buatan blok yang tidak kukuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *