Sunday , 25 June 2017
Home | Auto Repair | Masalah Aircond Kancil tidak berfungsi

Masalah Aircond Kancil tidak berfungsi

Lokasi Relay Aircond Kancil

Permasalahan sistem hawa dingin Perodua Kancil ini sangat memeningkan kepala. Pada permulaan, pemanduan sangat lancar di siang hari apabila sistem hawa dingin, atau aircond berfungsi dengan baik. Suasana sejuk dan nyaman di dalam kerete Kancil sangat menyenangkan kerana ruang dalaman yang tidak terlalu besar. Ini mempercepatkan penyejukan berlaku dengan cepat hasil dari bukaan blower aircond kancil. Tanpa disedari, aircond kancil ini tiba-tiba menjadi kurang sejuk.

Keupayaan aircond sesebuah kereta bergantung pada pelbagai faktor. Untuk artikel Kancil ini, ianya mungkin disebabkan terdapat kebocoran gas dan sistem hawa dingin tidak dapat menyejukkan dalaman dengan cekap. Untuk tindakan seterusnya, saya perlu melakukan beberapa semakan atau checking bagi menentukan punca kerosakan.

Perihal Masalah

Akibat dari kurang sejuk itu tadi, kini suis penyejukan nampak nya tidak berfungsi. Apabila suis penyejukkan di ON kan, tiada kedengaran bunyi ‘klak’ pada compressor aircond yg biasa didengari. Hanya suis blower sahaja yang berfungsi.

air-cond-switch-perodua-kancil

Pengesanan Punca

Jika dirujuk pada litar elektrik untuk Perodua Kancil, jelas di sini, suis ON/OFF aircond tidak mendapat arus elektrik dari bateri. Kemungkinan berpunca daripada fius atau pun relay aircond yang telah terbakar dan rosak. Saya meneruskan kerja seterusnya dengan memastikan fius semua berada dalam keadaan baik. Fius box untuk Perodua Kancil terletak di bawah dashboard sebelah kanan pemandu.

kancil-aircond-wiring-diagram

Seterusnya kita perlu memastikan aircond relay Perodua Kancil masih berfungsi dengan baik. Jika ianya telah rosak, baik lah digati dengan baru. Tugasan mencari di mana letaknya aircond relay Kancil ni sangat merumitkan jika anda tidak pernah melihat nya. Kebiasaannya, jika mengikut spesifikasi kilang, aircond relay Kancil terletak berdekatan dengan receiver drier di dalam bahagian enjin. Jika berdiri di depan bonet, maka ianya berada pada sebelah kanan berhampiran absober housing.

Lokasi Relay Aircond Kancil
Lokasi Relay Aircond Kancil
kancil-aircond-relay2
Rupa bentuk Aircond Relay Perodua Kancil
kancil-aircond-relay1
Dapatkan alat ganti yang asli bagi memastikan ketahanan relay untuk jangka masa yang panjang

Seterusnya, kita juga perlu memastikan amplifier aircond kancil tidak berlaku kerosakkan seperti kesan terbakar atau lain-lain. Untuk mengesan amplifier aircond kancil, kita perlu membuka glove box pada bahagian penumpang depan. Rupa bentuk amplifier aircond kancil adalah seperti di bawah.

kancil-aircond-amplifier

 

Apabila semua sistem wiring telah disemak dan dipastikan dalam keadaan baik, dan jika sistem hawa dingin anda masih tidak berfungsi, masih ada beberapa langkah untuk kita semak kerosakan lain sebelum menghantar kereta ke kedai aircond.

Aircond compressor yang mempunyai pressure switch bertindak dengan mengawal jumlah gas aircond. Jika tiada gas yang dikesan di dalam sistem hawa dingin, compressor tidak akan berfungsi.

Untuk memastikan gas masih ada di dalam sistem, kita bole buka valve isian. Jika tiada gas yang keluar, maka sistem tidak akan sejuk.

Untuk memastikan compressor tidak rosak, kita boleh semak dengan membuat sedikit bypass pada pressure switch untuk sementara waktu.

Bypass pressure switch
Bypass pressure switch

Bypass pressure switch dilakukan dengan menyambung kedua-dua wayar pada pressure ketika enjin hidup. Kemudian ON suis aircond. Jika compressor dalam keadaan baik, maka tiada kerosakan pada bahagian tersebut.

Setelah semua kita telah periksa, maka boleh la dibawa kereta tersebut ke bengkel hawa dingin berdekatan bagi tujuan mengesan kebocoran pada paip gas aircond, sistem aircond yang tersumbat, dan juga bagi tujuan pengisian semula gas aircond.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *