Wednesday , 23 August 2017
Home | Auto Repair | Masalah Sinonim Waja

Masalah Sinonim Waja

Permasalahan yang sering melanda pemilik Proton Waja semenjak dua menjak ini kebanyakkan nya berkisar dengan enjin yang tidak hidup. Dan setiap kali enjin tidak hidup, perkara pertama yang akan diperiksa oleh kebanyakkan mekanik adalah bateri, kedua adalah sistem bahanapi.

Jika masalah enjin tidak dapat dihidupkan disebabkan oleh bateri kenderaan yang sudah tiada cas maupun sudah luput tarikhnya, kemungkinan besar masalah anda dapat diselesaikan dengan hanya ‘jump start’ atau pun dengan menukar bateri yang baru. Sekiranya cara ini tidak berjaya, kemungkinan masalah seterusnya, ‘fuel pump’ tidak berfungsi adalah sangat besar.

Kebanyakkan permasalahan Proton Waja yang kami hadapi adalah kerana ‘fuel pump’ atau pam bahan api petrol tidak berfungsi. Anda boleh mengikuti sedikit sebanyak tips yang kami sediakan seperti di bawah.

fuelpumpsatu

Pam petrol untuk model Proton Waja terletak di bahagian bawah tempat duduk belakang. Untuk buka tempat duduk belakang, anda hendaklah menarik picu pemegang pada hujung kiri dan kanan pada bahagian bawah tempat duduk (bulatan kecik). Kelihatan penutup atas pam petrol (bulatan besar) yang perlu dibuka.

waja-fuel-socket-05

Pam petrol bagi Proton Waja yang kami baik pulih ini berbeza mengikut model. Untuk menanggalkan pam tersebut, terlebih dahulu tanggalkan soket bekalan kuasa diikuti dengan hose petrol. Perlu berhati-hati dalam mencabut hos petrol tersebut. Kebarangkalian hos plastik pada pam petrol patah adalah sangat tinggi.

waja-fuel-socket-03

waja-fuel-socket-04

Untuk mencabut hos petrol, klip pelekat 01 dan 02 perlu dicungkil dengan berhati-hati agar tidak patah. Bersama dengan proses mencungkil, tarik hos keluar secara perlahan-lahan.

Ok, di sini, anda boleh tentukan sama untuk terus menuka pam tersebut atau mungkin juga anda ingin uji ianya terlebih dahulu. Kebiasaan simptom pam tidak berfungsi berpunca daripada wayar atau pun soket bekalan kuasa ke pam yang rosak.

waja-fuel-socket-01

Periksa secara fizikal dan mata kasar akan sebarang kesan terbakar atau hangit pada bahagian soket tersebut. Lebihan arus elektrik boleh menyebabkan bekalan kuasa pam terbantut. Sekiranya didapati elok, teruskan menguji pada arus elektrik.

waja-fuel-socket-08

Karpet kereta pada bahagian penumpang belakang perlu diselak dengan lebih lanjut bagi memeriksa penyambung soket untuk pam tersebut.

Litar arus elektrik untuk pam ini adalah sangat ringkas. Dengan berbekalkan ‘test light’ kita akan dapat memeriksa samada arus sampai kepada pam atau tidak.

waja-fuel-socket-02

Wayar arus bertanda ‘Black/Red adalah wayar arus input atau pun ‘positive battery’ manakal wayar hitam pada penghujung soket adalah wayar untuk ‘grounding’. Uji wayar tersebut. Wayar ‘Black/Yellow dan ‘Black’ adalah input untuk penunjuk aras petrol kepada meter ‘dashboard’.

Sila ON kan suis utama. Jika ‘test light’ anda menyala bermakna litar arus elektrik ke pump tersebut berfungsi. Sambung kan soket kembali kepada pam dan uji. Jika pam berfungsi, bermakna pam dalam keadaan baik.

Masalah lanjut yang mungkin berlaku pada pam pada ¬†model kereta ini adalah kerana ‘grounding’ nya tidak kuat atau wayar ‘grounding’ asal untuk pam tersebut telah putus.

waja-fuel-socket-06

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *