Sunday , 25 June 2017
Home | Auto Repair | Steering Box kepada Steering Rack

Steering Box kepada Steering Rack

Rata-rata pemilik KE70 Wagon sudah sedia maklum akan kelonggaran atau ‘free-play’ yang terdapat pada sistem steering mereka. Ini kerana KE70 Wagon am nya menggunakan sistem sering jenis bebola galas atau dikenali dengan ‘steering box’. Sistem ini yang telah menjangkau usia lebih dari 30 tahun pastinya mengalami kerosakan serta kehausan pada bola gegalas dan juga shaft bearing.

Dengan kos untuk membaikpulih steering box yang agak mahal dan juga alat ganti yang sukar didapati, maka peralihan steering box kepada steering rack adalah lebih sesuai, jimat dan cepat. Disamping itu juga, alat ganti untuk steering rack masih senang didapati di mana-mana kedai alat ganti sekitar Kuala Lumpur.

Posting kali ini adalah berkenaan proses menukar steering box kepada steering rack. KE70 Wagon yang ingin melakukan proses pemindahan sistem steering perlu mendapatkan alat ganti dari KE70 Sedan seperti ‘crossmember’, set steering rack beserta tie-rod end, steering coupling dari model sedan (DX), dan juga steering column dari model sedan DX.

Steering box pada KE70 Wagon yang akan ditukar.

Proses penukaran ini tidak lah sesukar mana kerana hanya beberapa skru dan nut sahaja yang perlu ditanggalkan. Yang menyulitkan ianya adalah proses modifikasi dalam pemasangan. Ada beberapa rakan pomen yang terpaksa memotong ‘firewall’ semata-mata ingin mendapatkan pemasangan yang sempurna. Ini terpulang kepada hasil usaha pomen itu sendiri. Disebabkan tidak mahu memotong ‘firewall’, kami meneruskan pemasangan seperti seadanya.

Tie-rod end hendaklah dibuka terlebih dahulu bagi memudahkan kerja.

 

Keluarkan satey bush.

 

Tanggalkan caliper brake dan seterusnya tanggalkan sistem gantungan hadapan. Ini adalah optional.

 

Tanggalkan juga lower arm.

 

Keluarkan skru pengikat steering box housing dan juga skru yang memegang steering coupling.

 

Steering coupling pada steering box housing.

 

Crossmember dari model sedan DX.

 

Steering coupling dari model sedan DX.

 

Steering colum dari model sedan DX (gambar bawah).

Pemasangan adalah seperti biasa. Apa yang ingin ditekankan di sini, steering column dari model sedan DX perlu sedikit modifikasi pada bahagian tapak. Ia perlu dipotong sedikit bagi membolehkan ia diikat pada tapak chasis wagon sebelah dalam nya.

Pemotongan pada tapak steering colum model sedan DX.

Untuk memastikan tiada debu, kotoran, air limpahan memasukki lubang pada bahagian tapak steering colum, anda boleh la membuat pelapik atau gasket yang baru mengikut kesesuaian nya.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *